1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,
nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR
Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat
sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya
Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki dan wanita.
4) Setiap penyakit ada
penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah,
perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal
membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan
kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca
selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan
kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai
pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang
mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya
akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad
Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat
mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para
nabi.
9) Sesiapa yang
berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat
tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan
berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh
kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat 11
kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan
akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali
sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang
diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang
berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat
keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat
sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan
pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran
hidup.
15) Menurut Syibab
Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib
& Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan
berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya
daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat
secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa,
dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan
daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi,
sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya
daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10
kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta
dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20) Sesiapa yang membaca
selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat
syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz
Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka
amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang
menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada
hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering
mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat
dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24) Jiwa yang resah
gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap
yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat,
sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya,
insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang
lain.
26) Membaca selawat 1000
kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa
dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27) Menurut para ulama,
sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka
berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak
berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa
berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang
berterusan.
29) Sabda Nabi SAW:
Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat,
maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu
Naim.
30) Sabda Nabii SAW:
Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada
waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat -
HR Thabrani
*Sumber dari dirihamba.blogspot.com
No comments:
Post a Comment