Selepas diazab adakah orang yang melakukan dosa besar akan kekal di dalam neraka?
Jawapannya tidak dan
sesiapa yang mempunyai di dalam hatinya sebesar biji sawi keimanannya
maka dia tidak akan kekal di dalam neraka, malah dia akan dikeluarkan
dan dimasukkan ke dalam syurga. Semuanya telah kita pelajari dan
semuanya menunjukkan bahawa orang yang membuat dosa besar jika tidak
bertaubat, kemudian Allah menghendaki dia diazab di dalam neraka, maka
azabnya adalah untuk beberapa ketika.
Kemudian apabila telah
dibersihkan maka dia akan dikeluarkan dan dikembalikan semula ke dalam
syurga. Ini kerana adanya keimanan di dalam hatinya yang tidak boleh
mengekalkannya di dalam neraka seperti satu hadith yang berkenaan dengan
orang terakhir yang akan keluar daripada neraka ataupun dikeluarkan
daripada neraka. Apabila dikeluarkan dia sudah hangus dan diletakkan
disebelah sungai kehidupan kemudian dia akan hidup semula.
Abu Said Khudri bahawa Nabi saw. bersabda,
"Penghuni syurga akan
masuk syurga dan penghuni neraka akan masuk neraka. Kemudian Allah
Taala berfirman, 'Keluarkanlah dari neraka siapa saja yang di dalam
hatinya ada keimanan sekali pun seberat biji sawi.' Orang-orang itu lalu
keluar dari neraka dan tubuhnya sudah hitam hangus. Mereka lalu
dimasukkan ke dalam sungai kehidupan (memberikan semangat hidup
kembali), lalu tumbuhlah orang-orang tersebut sebagai tumbuhnya benih di
samping tanah yang terkena air bah (banjir). Tidakkah engkau mengetahui
bahawa benih itu akan keluar kekuning-kuningan dan berseri-seri. "(Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Nasai)
Orang yang terakhir keluar dari neraka dan masuk ke dalam syurga
Diriwayatkan dari Ibnu Masud r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda,
"Orang yang terakhir
masuk syurga adalah seorang lelaki. Ia kadang-kadang berjalan dan
kadang-kadang merangkak, bahkan kadang-kadang masih dijilat-jilat juga
oleh api. Setelah ia dapat melalui tempat api itu, ia pun menoleh ke
belakang dan berkata, 'Maha Suci Allah yang telah menyelamatkan diriku
daripadamu. Sungguh saya telah dikurniakan oleh Allah Taala suatu
pemberian yang belum pernah diberikan oleh-Nya kepada seseorang pun baik
dari golongan orang-orang dahulu (awalin) atau pun orang-orang
belakangan (akhirin).
Kemudian ditampakkan
padanya sebatang pokok, lalu ia berkata, 'Ya Tuhanku! Sudilah kiranya
Engkau mendekatkan aku kepada pohon ini, supaya aku dapat bernaung di
bawahnya dan dapat pula minum airnya. 'Allah berfirman,' Hai anak Adam
(manusia)! Barangkali kalau sudah Kuberikan padamu permintaanmu itu,
apakah kiranya engkau tidak meminta lagi yang lain? '
Orang itu menjawab, 'Ya Tuhanku! Aku tidak akan meminta yang lain lagi. '
Orang itu disuruh
berjanji tidak akan meminta yang lain lagi dan setelah itu Tuhan lalu
menerima permohonannya, sebab dilihatnya orang tersebut tidak sabar lagi
mendapatkan keinginannya. Oleh Allah ia didekatkan pada pohon itu dan
ia pun bernaung di bawahnya serta minum pula airnya. Selanjutnya
ditampakkan sebatang pokok yang lain padanya dan yang lebih bagus dari
yang pertama.
Orang itu berkata,
'Ya Tuhanku! Sudilah kiranya Engkau mendekatkan aku kepada pohon ini,
supaya aku dapat bernaung di bawahnya dan minum airnya. Aku tidak akan
meminta yang lain pada-Mu. '
Allah berfirman, 'Hai
anak Adam! Bukankah sebelum ini engkau sudah berjanji tidak akan
meminta yang lainnya kepada-Ku? Barangkali kalau sudah Kuberikan
permintaanmu ini, engkau akan meminta lagi yang lain pula? '
Orang itu berjanji
sekali lagi untuk tidak meminta yang lain. Tuhan lalu menerima
permohonannya, sebab dilihatnya orang tersebut agaknya tidak sabar lagi
untuk mendapatkan keinginannya itu. Oleh Allah ia didekatkan pada pohon
itu dan ia pun bernaung di bawahnya serta minum airnya. Setelah itu
ditampakkan pula di muka orang tadi sebatang pokok yang terletak di
dekat pintu gerbang syurga yang keadaannya lebih bagus dari kedua pohon
yang sebelumnya.
Orang itu berkata
pula, 'Ya Tuhanku! Sudilah kiranya Engkau mendekatkan aku dari pohon
ini, supaya aku bernaung di bawahnya dan minum airnya. Aku tidak akan
meminta pada-Mu yang lain lagi. '
Allah berfirman, 'Hai anak Adam! Bukankah sebelum ini engkau sudah berjanji pada-Ku tidak akan meminta yang lain. '
Orang tadi menjawab,
'Benar, ya Tuhanku sekarang saya tidak meminta lagi yang lain.' Oleh
Allah diterima permohonannya, sebab dilihatnya ia sudah tidak sabar lagi
untuk mendapatkan keinginannya. Orang itu didekatkan pada pohon
tersebut. Demi ia sudah didekatkan pada pohon yang terletak di dekat
pintu syurga itu, lalu terdengar olehnya suara riuh rendah dari penghuni
syurga.
Kemudian ia pun berkata lagi, 'Ya Tuhanku, masukkanlah saya ke dalam syurga.'
Allah berfirman, 'Hai
anak Adam! Kurnia apakah yang kiranya dapat memuaskan hatimu, sehingga
engkau tidak meminta-minta lagi? Apakah kiranya engkau puas, sekiranya
engkau Kuberi kenikmatan sebesar kadar dunia dan sebuah lagi yang
seperti itu? '
Orang itu berkata, 'Ya Tuhanku! Apakah Engkau memperolok-olokkan diriku padahal Engkau adalah Tuhan seru sekalian alam? '
Ibnu Masud (yang
menceritakan hadis ini) lalu ketawa. Setelah itu ia berkata, 'Mengapa
kamu semua (kawan-kawannya yang mendengarkan) tidak menanyakan kepadaku,
apa sebab aku ketawa?' Orang-orang yang mendengar lalu bertanya,
'Mengapa engkau tertawa?' Ia menjawab, 'Begitulah Rasulullah saw. juga
ketawa sewaktu menceritakan ini, lalu beliau ditanya, apakah sebab
beliau tertawa. '
Beliau menjawab,
'Saya tertawa kerana Tuhan seru sekalian alam ketawa ketika orang yang
meminta dimasukkan syurga itu berkata,' Apakah Engkau memperolok-olokkan
diriku, padahal Engkau adalah Tuhan seru sekalian alam. '
Seterusnya Allah lalu
berfirman, 'Aku tidak memperolok-olokkan engkau, tetapi memang Aku ini
Maha Kuasa atas segala yang Aku kehendaki.' "(Riwayat oleh Muslim)
Motivasi buat orang beriman
Zahir daripada
hadith-hadith menunjukkan jika orang yang beriman ini yang masuk neraka
dahulu maka dia tidaklah sesuci orang-orang yang mendahului ataupun yang
terawal masuk syurga. Jika kita lihat daripada aspek itu untuk motivasi
bagus kita melihat bahagian tersebut. Maksudnya untuk memotivasikan
orang contohnya kita lihat ada orang bersemangat ataupun pertengahan
seperti tidak cuai ataupun dia cuai tetapi masih ada harap untuk kita
berikan semangat, jadi kita beritahu padanya bahawa usahalah
sungguh-sungguh supaya kita boleh masuk syurga seawal mungkin dan
bukannya selepas dibersihkan di dalam neraka .
Tetapi sekiranya kita
berjumpa dengan orang yang hampir-hampir berputus asa. Dia mempunyai
harapan sedikit dan hendak masuk ke syurga tetapi amalannya yang dia
lihat terlalu banyak amalan jahatnya lalu dia hampir-hampir berputus asa
dan dia datang kepada kita lalu menyatakan, 'ustaz saya hendak masuk
syurga tetapi saya tidak layak kerana terlalu banyak dosa saya. Saya
tidak sempat lagi untuk memperbaiki semula kesilapan saya. '
Jadi disini kita boleh
gunakan hadith tadi iaitu hadith yang orang terakhir masuk syurga.
Tetapi persoalan adakah dia boleh naik ke darjat yang lebih tinggi
'wallahualam'. Zahirnya jika masuk lewat itu akan duduk berjauhan dengan
Nabi.
Sumber dari halaqah.net
No comments:
Post a Comment