Ada seorang perempuan
tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak
mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa
membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak
memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak
suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata
apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan
hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti
akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu
yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada
isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit
itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah
melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan
senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg
duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari
kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku
wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi
ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan
berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka
dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T.
menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan
menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat
suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada
isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah
Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan
sesuatu kerja.

No comments:
Post a Comment